20 Peribahasa dan Makna

Sempena dengan BULAN BAHASA, setiap kelas telah diminta untuk menghantar 2 wakil untuk berkongsi beberapa peribahasa pada setiap pagi semasa perhimpunan.

Bahasa Melayu adalah dialek umum yang banyak diguna pakai di dalam beratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). Pemilihannya sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Malaysia, Indonesia, mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman. Jadi, amat rugilah kalau kita yang hari-hari cakap Melayu ni tak tahu berkenaan peribahasa yang digunakan sejak zaman nenek kepada nenek-nenek moyang kita dahulu… :)

1. Air beriak tanda tak dalam Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

2. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya.

3. Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.

4. Bagai air mencari jenisnya Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah.

5. Bagai ayam disambar helang Mati tanpa sakit.

6. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan Cepat menjadi terlalu banyak pada sesuatu masa.

7. Bagai cincin dengan permata Pasangan pengantin yang sepadan, sama cantik sama padan.

8. Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu Hidup dalam kemelaratan.

9. Bagai layang-layang putus tali Tiada berpedoman atau sudah putus harapan,bergantung pada nasib sahaja.

10. Bagai menatang minyak yang penuh Memelihara anak dengan penuh kasih sayang.

11. Bagai minyak dengan air Orang baik kalau duduk dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat.

12. Bagai murai dicabut ekor Orang yang suka bercakap.

13. Bagai pucuk dilancarkan Amat cepat.

14. Bagaimana acuan begitulah kuihnya/ bagaimana contoh begitulah gubahannya Perangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya.

15. Baik membawa resmi padi daripada resmi lalang Tidak sombong; rendah diri.

16. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar Sesekali melakukan pekerjaan, dua tiga matlamat tercapai.

17. Belum duduk sudah berlunjur Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati atau gembira lebih dulu.

18. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul Betapa berat kita melihat kesusahan yang dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan itu pada orang yang menanggungnya. Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak Sementara menunggu apa yang baik, lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah.

Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas Lebih baik menarik diri terlebih dahulu sebelum diberhentikan dengan tidak terhormat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s