Motto, Vision and Mission

Visi Sekolah
 Menjadikan SMKGR Ikon Terbilang
Misi Sekolah
Untuk memberikan pendidikan berkualiti ke arah melahirkan insan yang mampu bersaing di peringkat global melalui budaya kerja berkesan dan permuafakatan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Motto Sekolah
“Ilmu Suluh Jiwa”
Motto ini menjadi pedoman kepada pelajar-pelajar SMKGR untuk berjaya dalam segenap bidang sama ada di bidang kurikulum atau bidang kokurikulum.
Falsafah Pendidikan
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Piagam Pelanggan
Kami warga SMKGR dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
  1.  Menyediakan program dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik berasaskan budaya ilmu kepada pelajar-pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
  2. Memberikan layanan yang saksama kepada pelajar dan ibu bapa serta menyediakan pengurusan yang cekap, pantas dan bijaksana.
  3. Menyediakan kemudahan yang selesa selaras dengan amalan sekolah penyayang.
  4. Berusaha meningkatkan imej SMKGR sebagai sekolah wawasan yang cemerlang dari segi kurikulum,kokurikulum, dan sahsiah.

Pihak sekolah bersediia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor, dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan pretasi perkhidmatan dan kecemerlangan sekolah ini.