School History

Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat (SMKGR), terletak kira-kira 8km dari pusat Bandaraya Ipoh. Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1984 dengan menetima pelajar-pelajar dari sekolah rendah yong berhampiran. Pada masa yang sama SMKGR juga menerima palajar-pelajar luar bandar melalui Program Rancangan Khas. Sebahagian besar daripada pelajar-pelajarnya datang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Rokam, Sk Sungai Rapat dan SJK(C) Gunung Rapat, Ipoh.

Tahun 1998, sekolah mencapai kejayaan cemerlang dalam keputusan PMR dan SPM. Tahun 2002, SMKGR sekali lagi mengekalkan pencapaian cemerlang dalam akademik dengan menerima anugerah Gemilang Akademik PMR dan SPM bagi kategori Sekolah Menengah Bandar. Pada tahun 2005, SMKGR sekali lagi dianugerahkan “Anugerah Sekolah Lima Bintang” dan dicalonkan Sekolah Harapan Negara 2005 dan 2006.

Kecemerlangan SMKGR terus dihargai apabila diiktiraf sebagai salah sebuah sekolah yang “TOP-10” oleh Jabatan Pelajaran Perak pada tahun 2006 dalam peperikasaan awam PMR dan SPM dari segi kualiti dan kuantiti.

Pada Mac 2007, SMKGR telah diiktiraf sebagai salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan oleh KPM. Sekolah Kluster Kecemerlang adalah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenalpasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemajuan murid. Keweujudan Sekolah Kluster Kecemerlangan bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

SMKGR sedang merancang untuk membangun berdasarkan pembangunan sumber manusia (HRD), P&P, pengumpulan dana, pengurusan pentadbiran dan kerjasama PIBG beserta persatuan Alumi SMMKGR. Pelakasanaannya adalah di bawah kawalan panel penasihat sekolah kluster yang dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad. Pembangunan fizikal sedang diusahakan untuk memastikan semua peralatan serta bangunan berada dalam keadaan kondusif bagi malakasanakan hasrat pembentukan sekolah kluster. Pihak sekolahamat berharap pembangunan sekolah kluster mendapat sokongan padu dari semua pihak. Pada penghujung tahun 2008, bilangan pelajar di sekolah kini telah meningkat sehingga 1258 orang.

Pada penghujung tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat (SMKGR) talah menaik taraf padang sekolah menjadi stadium mini. Projek tersebut kini telah pun siap. Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat juga dinobatkan sebagai Sekolah Sukan Negeri Perak. Pada tahun 2009 juga, sekolah telah menerima kemasukan pelajar sukan dari pelbagai jenis sukan. Pelajar-pelajar ini datangnya dari seluruh negeri Perak. Program ini telah menggantikan Kelas Rancangan Khas walaupun kelas rancangan di SMKGR adalah antara yang terbaik dalam kelompok sekolah harian. Selain itu, banyak program pembangunan sekolah telah dijalankan bagi meningkatkan pretasi atlet. Lebih membanggakan apabila SMKGR telah melahirkan ramai atlet yang berjaya di peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Di samping itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat juga telah menjadi sekolah angkat kepada Rosebud Secondary High School di Austarlia. SMKGR juga telah menjayakan program pertukaran pelajar antara Rosebud Secondary High School dengan SMKGR. Selain itu, SMKGR juga telah menjalankan program SMKGR GO GLOBAL dan SMKGR UNITE. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan dengan sekolah-sekolah di luar negara dan seterusnya SMKGR di mata dunia.