Majlis Baiah PMR dan SPM

MAJLIS BAIAH MURID SASARAN CEMERLANG PMR & SPM 2012

Tarikh : 2 April 2012 ( Isnin )

Masa : 8:00 a.m. -10:00 a.m.

Tempat : Dewan Olimpik

This slideshow requires JavaScript.

PENDAHULUAN

Program Baiah Sasaran Murid Cemerlang PMR dan SPM diadakan untuk membolehkan murid membuat aku janji dengan pihak sekolah dan ibu bapa untuk mencapai A dalam SEMUA mata pelajaran di dalam peperiksaan PMR dan SPM 2012. Ini adalah salah satu usaha untuk memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga mengenai peranan dan penglibatan mereka bagi  menjayakan program atau aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Justeru itu pemantauan ibu bapa terhadap kecemerlangan akademik anak mereka amat diharapkan.

Bagi merealisasikan hasrat itu, sokongan padu dan kerjasama yang erat daripada pihak pentadbir sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid amat diperlukan dalam usaha untuk meningkatkan lagi pencapaian dalam bidang akademik khususnya dalam peperiksaan awam seperti PMR dan SPM.

OBJEKTIF

  1. Membolehkan ibu bapa atau penjaga bersama-sama memantau dan memastikan kecemerlangan pelajar sasaran dan bekerjasama menjayakan program atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah
  2. Memberikan ibu bapa atau penjaga info terkini prestasi anak mereka di samping mendapat beberapa saranan dari pihak sekolah untuk memastikan kejayaan anak mereka.
  3. Menggalakkan ibu bapa atau penjaga mengemukakan pandangan untuk penambahbaikan program kecemerlangan sekolah.

ATUR CARA

8:00 a.m. : Pendaftaran Ibu Bapa/ Murid

8:30 a.m. : Taklimat Program
” Program Kecemerlangan PMR/SPM 2012″ oleh Pn. Hjh. Norol Kamar bt. Nordi , Penolong Kanan SMKGR.

8:45 a.m. : Ucapan Pengetua SMKGR oleh Pn. Rahimah bt Mohamed

9:00 a.m. : Baiah Murid Cemerlang PMR dan SPM.
: Murid bertemu guru kelas

10.00 a.m. : Bersurai


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s