Ekonomi Asas

Mata pelajaran Ekonomi Asas adalah satu mata pelajaran elektif untuk tingkatan 4 & 5. Kurikulum ekonomi asas digubal dengan tujuan memberi murid pemahaman teguh mengenai prinsip asas ekonomi bagi  membantu murid memahami dunia moden dan membuat keputusan yang akan membentuk masa depan. Melalui mata pelajaran ini, murid dapat memahami masalah yang berpunca daripada sumber berhad dan membuat pilihan yang rasional tentang penggunaannya. Pemahaman ekonomi juga dapat membantu inidividu memainkan peranan sebagai pengguna dan pengeluar yang bertanggungjawab dalam masyarakat.

Selain itu, murid juga dapat memahami dan menghargai fungsi serta peranan bank dan institusi kewangan lain di samping memperoleh kemahiran mencari, memahami serta menilai maklumat yang berkaitan dengan ekonomi. Murid juga dapat memahami masalah ekonomi negara Malaysia dan perdagangan antarabangsa. Dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolah, murid dapat memain peranan yang berkesan dan bermakna dalam kehidupan harian.

Sukatan pelajaran Ekonomi Asas dirancang dan digubal untuk menyumbang ke arah pembinaan insan yang baik, seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan harap Falsafah Pendidikan Negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s